Anna Jobling Tak Kisah Diri Comot, Sanggup Berlumpur Bantu Kerja Pembersihan Kawasan Terjejas Banjir

Hiburan

Anna Jobling Tak Kisah Diri Comot, Sanggup Berlumpur Bantu Kerja Pembersihan Kawasan Terjejas Banjir

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Anna Jobling tidak mempedulikan penampilan diri, sebaliknya sanggup meredah lumpur tebal bagi membantu penduduk sekitar Hulu Langat yang terjejas teruk akibat banjir.

4 years lalu

Hati Saya Tidak Sebusuk Itu Untuk Khianati Mereka - Anna Jobling Nafi Sebarkan Video Dewi Remaja Mabuk

Advertisement

Anna yang kini berada di Kampung Jawa, Batu 18 bersama beberapa selebriti lain seperti Aman Aziz, Dafi, Asyhwad dan Datin Nina Juren memberitahu yang dia tidak dapat melupakan pengalaman berharganya itu.

Hati sayu setiap kali melihat kejadian banjir dalam media sosial. Apabila berpeluang turun padang dan meninjau sendiri ke kawasan bencana hati tambah tersentuh lagi.

Menurut Anna, dia berasa sangat bertuah kerana dapat mencurahkan tenaga dengan membantu mengagihkan bantuan makanan dan barang keperluan seperti tilam, tuala wanita dan banyak lagi kepada mangsa banjir.

Anna memaklumkan bahawa mereka bukan sahaja mengagihkan bantuan makanan dan barang keperluan, malah mereka turut membantu membersihkan rumah mangsa yang ditenggelami banjir.

Anna Jobling

Namun begitu, tidak banyak yang dapat mereka lakukan kerana masa yang diperuntukkan dari pagi hingga petang sebenarnya tidak mencukupi tetapi Anna tetap puas hati dapat melihat mangsa mengukir senyuman saat bantuan dihulurkan.

Apabila ditanya apa yang membuatkan masih mampu mengukir senyuman, mereka jawab takkan selama-lamanya hendak bersedih. Lagipun, perkara sudah berlaku.

Dalam pada itu, Anna turut mengakui yang dia berasa kagum, terharu serta menjadi inspirasi apabila melihat mangsa banjir masih mampu tersenyum dan bersikap positif biarpun ditimpa musibah tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...