Anjur Program Derma Darah, Penderma Tak Tahu Diberi Mi Segera Perisa Daging Babi Sebagai Hadiah

Berita

Anjur Program Derma Darah, Penderma Tak Tahu Diberi Mi Segera Perisa Daging Babi Sebagai Hadiah

Baru-baru ini, berlaku satu kejadian yang mengejutkan di Batu Pahat, Johor apabila didapati pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi telah diberikan semasa program derma darah di sebuah pusat membeli-belah, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, laporan terbabit telah diterima pada jam 11.38 pagi tadi yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Advertisement

Difahamkan, sebahagian penderma darah telah menerima cenderahati yang mempunyai mi segera berperisa daging cincang babi.

mi segera perisa babi

Melalui laporan Berita Harian, para penderma sememangnya akan menerima hadiah berkenaan setelah selesai menjalani proses menderma darah oleh pihak NGO berkenaan.

Difahamkan juga, beberapa individu yang terlibat telah pun dipanggil dan beberapa rampasan juga sudah dilakukan bagi membantu siasatan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ketua Pemuda Pas tengik wayang di KL
2 years ago

“Tak Haram Pulak?” - Ketua Pemuda PAS Diselar Tonton Mat Kilau Di Kuala Lumpur Gara-Gara Kelantan Tak Ada Pawagam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...