Baru-baru ini, berlaku satu kejadian yang mengejutkan di Batu Pahat, Johor apabila didapati pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi telah diberikan semasa program derma darah di sebuah pusat membeli-belah, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, laporan terbabit telah diterima pada jam 11.38 pagi tadi yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Difahamkan, sebahagian penderma darah telah menerima cenderahati yang mempunyai mi segera berperisa daging cincang babi.
Melalui laporan Berita Harian, para penderma sememangnya akan menerima hadiah berkenaan setelah selesai menjalani proses menderma darah oleh pihak NGO berkenaan.
Difahamkan juga, beberapa individu yang terlibat telah pun dipanggil dan beberapa rampasan juga sudah dilakukan bagi membantu siasatan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.