Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok memaparkan reseller inai Nunha meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara HQ membuat promosi besar-besaran sempena 6.6.
Melalui video luahan para peniaga inai Nunha itu, mereka kebanyakkannya merasa tindakan HQ sebegitu seperti menganiaya peniaga-peniaga.
Difahamkan, kos modal untuk sekotak inai Nunha adalah RM26, manakala HQ pula menjualnya dengan harga runtuh RM10, sekotak.
View this post on Instagram
Susulan tindakan HQ menjual dengan harga runtuh, produk yang ada di tangan reseller tidak laku dan banyak kuantiti kotak inai yang tidak terjual hingga mendatangkan rugi.
Reseller telah menghantar mesej peribadi menerusi Instagram, namun HQ Inai Nunha seakan-akan tidak mempedulikan kerugian para peniaga dan tidak memberi sebarang solusi untuk membantu reseller.
Dalam pada masa yang sama, reseller turut meminta Neelofa dan Haris memberi penjelasan berkenaan kejadian ini, namun sehingga sekarang tiada sebarang respon.
Malah, ada juga reseller meninggalkan komen sindiran di ruangan komen Instagram Nunha tetapi tetap tidak dilayan.