“Tamak Haloba” – Stokis & Agen Kecewa Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee

Hiburan

“Tamak Haloba” – Stokis & Agen Kecewa Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee

Sebelum ini, inai jenama Nunha yang dihasilkan oleh usahawan serta selebriti terkenal, Neelofa menjadi topik bualan orang ramai dan tular gara-gara hasilnya yang menecewakan selain warna hitamnya yang seakan-akan lebam.

Belum reda tentang isu itu, muncul pula isu terbaharu apabila Neelofa memuat naik hantaran di Insta Story miliknya yang memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka sudah boleh membeli produk tersebut di Shopee Innai NunHa HQ.

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, seorang pengguna dikenali sebagai Ija Juhari telah meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati apabila usahawan itu membuka jualan produk Innai NunHa di Shopee kerana ianya sekaligus akan menganggu penjualan agen dan stokis.

Apa guna ada stokis and agents kalau HQ buka jualan untuk HQ dekat Shopee. Tamak.

Jelasnya, tindakan itu akan menyukarkan agen dan stokis untuk menghabiskan penjualan stok yang dipegang mereka sekiranya HQ sendiri sudah mula menjual produk tersebut.

Bukan itu sahaja, agen dan stokis turut pernah mendapat produk inai yang perlu dibuat pembungkusan semula di dalam bungkusan sendiri gara-gara ‘sachet‘ inai tidak dicetak seperti yang sepatutnya.

Kalau den dapat stok yang kena repacking sendiri and nak jual mesti rasa tak confident. Apa punya HQ la buat benda tak habis macam tu. Kesian seller.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang mendakwa tindakan itu seperti ‘menikam belakang’ agen dan juga stokis yang sudah bertungkus lumus memasarkan produk tersebut.

As usual… so mudahan yang nak jadi agen next time kajilah bagi habis dulu – netizen.

Malah, ada juga yang memesan agar usahawan selebriti itu belajar dari kesilapan yang sudah berulang kali dilakukan.

HQ pun nak buat retail jugak padahal agent dah berlambak.. lagi nak untung banyak.. tak faham,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

inai Nunha ditapis 9 kali
1 bulan lalu

"Inai Ni Asli.." - Neelofa Kata Inai Nunha Warna Gelap & Terang Sebab Ditapis Sebanyak 9 Kali

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

8 Comments

  1. itot

    August 8, 2022 at 3:28 pm

    lopa ni tak sesuai la menjual pakai agent, elok jual retail je. dia jenis cpt bosan. apa kabor smua bisnes2 dia sebelum ni… lepas ni kompem ada bisnes baru… agent2 mangkuk ni pun makanya masih dtg beratuq lagi, pastu sndiri mengeluh atas faktor kerugian. lain kali jgn dok gatall jadi agent. ada masalah sikit post sikit viral. sbnrnya salah diri sndiri

  2. Lattalilattalitamplom

    August 8, 2022 at 3:25 pm

    merepek jual inai beriya smpai mcmni.. mana ada org pakai inai hari2… gila ke apa.. agent2 pun sama mangkuk jugak tu pun takleh nak pkir

  3. TayahNakSentap

    August 5, 2022 at 11:55 am

    alah yang nak jadi stokis ni suma pun gelupor lebih. siap sanggup bayar rm20k semata2 nak jadi leader kawasan. kemaruk sangat. rasakan lah penangan gelupor memasing kah kah kah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...