Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mendakwa rumah tangga yang dibina bersama suaminya pernah mengalami gangguan sihir pemisah.
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah binti Wan Ariffin mendedahkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi lagu popular Di Persimpangan Dilema itu memberi cadangan kepada pengikutnya untuk mencuba perubatan Islam sekiranya terkena sihir tersebut.
Sihir itu memang wujud. Sihir pemisah juga memang angkara dengki, hati busuk dan kotor.
Bukan itu sahaja, Nora turut memberi cadangan untuk berubat di pusat rawatan Islam, Darussyifa sebagai ikhtiar.
Difahamkan, penyanyi berusia 49 tahun itu memilih untuk berkongsi perkara tersebut kerana dirinya juga pernah mengalami sihir pemisah.
Saya juga pernah lalui macam-macam, itu sebabnya terpanggil untuk membantu orang lain juga.
Dalam pada itu, Nora berdoa agar dirinya dan pengikutnya dilindungi daripda perkara terkutuk itu.
Allahuakbar.. Moga kita semua sentiasa dilindungi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.