Baby Shima Nak Saman, PU Syed Tak Terkesan Langsung! – “Ujian Saya Cegah Kemungkaran”

Hiburan

Baby Shima Nak Saman, PU Syed Tak Terkesan Langsung! – “Ujian Saya Cegah Kemungkaran”

Pendakwah selebriti, PU Syed berkata dia tidak terkesan dengan tindakan penyanyi Baby Shima yang ingin menyaman dirinya atas dakwaan kenyataan berunsur fitnah yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Kata PU Syed, dia tetap dengan pendirian dalam perjuangan menegakkan kebenaran selain tanggungjawab menegur sesuatu yang salah di sisi agama Islam.

Advertisement

Insya-Allah, hak beliau untuk menyaman. Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Tambah pendakwah itu, lagi, dia menganggap isu itu sebagai salah satu ujian dalam perjalanannya mencegah kemungkaran.

Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat.

Terdahulu, Baby Shima memaklumkan bahawa dia telah memfailkan saman terhadap dua individu iaitu PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor.

Sebelum ini, Abd Rahman mendakwa penyanyi itu ‘menjual agama’ kerana hanya memakai tudung ketika menyertai program tertentu.

Manakala PU Syed pula mendakwa Baby Shima tidak cakna dan tidak mengetahui soal hukum halal haram dalam penganjuran sesuatu konsert.

shima syed
10 months ago

Dituduh 'Jual Agama' & Tak Tahu Halal Haram, Baby Shima Saman PU Syed Dan Ketua Pemuda PAS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...