Baru-baru ini, temubual yang dilakukan oleh Harith Iskandar bersama usahawan penuh kontroversi iaitu Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman hangat disebut oleh warganet.
Dalam sesi temu bual itu, Sajat ada menceritakan kronologi yang telah terjadi dalam hidupnya sehinggakan dia mengambil keputusan untuk berpindah ke negara Australia.
Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang kurang bersetuju dengan pendedahan yang dibuat oleh Sajat di dalam sesi temu bual tersebut.
Individu terbabit merupakan sepupu kepada Sajat iaitu Nurnilam Sari, beliau mengatakan banyak fakta yang telah pun diputar belitkan oleh usahawan itu dan menjelaskan berkaitan kes penipuan dengan cara yang salah.
Nurnilam yang dikatakan sebagai ‘mangsa’ turut tampil membangkang kata-kata yang diucapkan oleh Sajat di dalam temu bual itu. Dalam pada itu, Nurnilam serta seorang lagi individu bernama Nurwati Husin yang terlibat dalam kes penipuan Sajat berkata bakal menyaman Harith Iskander kerana menganggap sesi temu bual tersebut berat sebelah.
Walau bagaimanapun, Harith Iskander menerusi laman Facebooknya telah memuat naik sebuah status mengatakan bahawa dia sama sekali tidak memihak dimana-mana pihak dan berkata hanya mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh Sajat tanpa perlu mempercayai bulat-bulat segala perkataan yang keluar dari mulutnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.