Andy Lau Dah 10 Tahun Tak Makan Nasi, Demi Kekal Awet Muda Dan Kacak

Hiburan

Andy Lau Dah 10 Tahun Tak Makan Nasi, Demi Kekal Awet Muda Dan Kacak

Pelakon terkenal Andy Lau sememangnya dikenali ramai sebagai aktor yang tetap kacak dari muda sehinggalah ke hari ini.

Meskipun sudah berusia 59 tahun, pelakon kelahiran Hong Kong ini rupanya telah melakukan pengorbanan yang cukup besar bagi mengekalkan fizikal yang baik dan sihat walafiat.

Advertisement

Pengorbanan itu didedahkan pengarah yang juga sahabat baik kepada Andy Lau iaitu Wong Jin ketika dia menjadi tetamu dalam sebuah program hiburan tempatan negara itu, Hi Director.

Ujar Wong, Andy dilaporkan tidak pernah menyentuh nasi selama 10 tahun bagi mengekalkan penampilannya agar sentiasa cergas dan berada dalam keadaan baik.

Dia tidak pernah menyentuh nasi putih selama 10 tahun. Kehidupannya itu seperti bukan untuk manusia.

Wong memaklumkan mengenai rahsia terbesar Andy itu ketika hos program tersebut menyentuh tentang topik kepentingan menjaga kesihatan.

“Dia berkeras untuk tidak makan nasi selama 10 tahun hanya untuk memastikan kesihatan dan penampilan dirinya berada dalam keadaan terbaik.” ujar Wong Jin lagi.

Wow! 10 tahun tak makan nasi. Korang boleh ke?

DS Vida
2 years ago

Bakal Lancar Single Terbaru, DS Vida Akui Terkesan Dengan Lagu 'Hujan' Nyanyian Iqbal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...