“Andi Pun Pernah Terima DM Dari Dia..” – ‘Stalker’ Puteri Sarah Buat ‘Comeback’ Dengan Gelaran Mastura 2.0, Kini Melibatkan Andi

Hiburan

“Andi Pun Pernah Terima DM Dari Dia..” – ‘Stalker’ Puteri Sarah Buat ‘Comeback’ Dengan Gelaran Mastura 2.0, Kini Melibatkan Andi

Seperti tiada penghujung kepada gangguan yang diterima oleh pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana tampil mendedahkan individu yang tidak henti menganggunya sehingga mencipta akaun baru untuk ikuti aktiviti harian aktres tersebut.

Sebelum ini, sempat kecoh tentang stalker Sarah digelar Mastura itu dan kini ia kembali dengan nama samaran Mastura 2.0. Tambahnya, sebenarnya dirinya tidak ada masa untuk melayan karenah individu tersebut dah telah pun membuat laporan polis. Namun, hingga kini masih belum tahu siapakah gerangan disebalik nama Mastura 2.0 itu.

Advertisement

Kata Sarah, dia ingin fokus kepada anak-anak serta bisnes dan dia juga sudah mula berdamai dengan takdir. Disebabkan itu, dirinya tidak mahu terlalu mengendahkan Mastura ini. Namun begitu, ujarnya, jika hal tersebut mula mengganggu keselamatan dirinya dan anak-anak, dia akan mula mengambil tindakan yang lebih keras.

Andi pun pernah terima DM dari dia yang buruk-burukkan saya.

Sebenarnya dia sering datang ke Malaysia untuk merisik kilang di sini, bukan merisik saya.

Pada masa yang sama, apabila ditanya berkenaan artis asal Indonesia yang sering terlihat bersama Sarah, aktres ini menegaskan bahawa Andi Arsyil hanya ke sini atas tujuan bisnis sahaja.

Sarah juga dikatakan selalu ke Indonesia atas tujuan yang sama. Mereka juga pernah terlihat melakukan live bersama-sama sambil menjual produk. Meskipun hubungan kedua individu ini disokong oleh warganet, namun Sarah ujar peminat agar mendoakan yang baik-baik sahaja bagi mereka.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah
6 months ago

"Buktikan I Keluarga Kazar!" - Tak Pernah Petik Nama Pihak Sana, Puteri Sarah Gelak Besar 'Mastura' Buka Pekung Sendiri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...