“Andai Saya Berkahwin Semula, Semua Demi Anak-Anak..” – Shuib

Hiburan

“Andai Saya Berkahwin Semula, Semua Demi Anak-Anak..” – Shuib

Sudah lebih lima bulan kehilangan isteri tercinta, usahawan Shuib berkata dia hanya menyerahkan kepada masa bagi mengubati hati yang masih merindukan Allahyarhamah Siti Sarah sehingga kini.

Shuib & Uwais
2 years ago

"Ibu Mesti Bangga"- Shuib Luah Kegembiraan, Lihat Uwais Jadi Juara Kejohanan Golf Terbuka Junior

Advertisement

Shuib yang ditemui sebuah media menjelaskan bahawa ketika ini masih terlalu awal untuk berbicara soal jodoh namun bersikap terbuka mengenai sebarang perancangan Allah untuk dirinya di masa hadapan.

Kata Shuib, hatinya masih belum terisi dengan kehadiran mana-mana wanita yang telah berjaya mengisi kelompongan yang ada.

Soal jodoh dan ajal, Allah yang tentukan. Jika saya kata janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan.

Jika saya esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya sudah pun matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam perkahwinan.

Meskipun begitu, Shuib ada menetapkan syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membenarkan hatinya dimiliki mana-mana wanita di luar sana.

Ujarnya lagi, sememangnya sudah fitrah untuk seorang manusia untuk berkasih sayang dan ada yang menemani.

Shuib memaklumkan bahawa jika dia berkahwin lagi kelak, semuanya adalah disebabkan anak-anak.

“Mereka masih kecil dan perlukan kasih saya seorang ibu. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak.” kata usahawan francais minuman Bubble Bee itu.

Perkembangan lain, Shuib memaklumkan bahawa dia akan kembali sibuk pada tahun ini setelah beberapa bulan berehat kerana perniagaannya akan mula memasuki pasaran antarabangsa seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Amerika Syarikat, Mekah dan Madinah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...