Ancaman Toyol: Mangsa Kecurian Wang Dedah Cerita Di Sebalik Kejadian

Trending

Ancaman Toyol: Mangsa Kecurian Wang Dedah Cerita Di Sebalik Kejadian

Menurut KOSMO, kira-kira 2,000 penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian, Kota Bharu, tidak dapat tidur lena sejak akhir-akhir ini apabila semakin kerap berlaku kejadian wang tunai yang mereka simpan di dalam rumah tiba-tiba lesap tanpa mereka mengetahui siapa yang mencurinya.

Penduduk di Kampung Tok Kenali, Kampung Pulai dan Kampung Polong di Kubang Kerian tersebut mendakwa, kehilangan wang itu dipercayai angkara perbuatan toyol yang menyelusup masuk ke rumah mereka pada waktu malam.

Advertisement

Ancaman Toyol
3 years ago

Rahsiakan Ancaman Toyol, Seorang Pengamal Perubatan Islam Buka Mulut

 Kira-kira 20 buah keluarga di tiga kampung tersebut mendakwa sudah menjadi mangsa apabila duit mereka hilang dalam sekelip mata dengan nilai tertinggi yang pernah lesap mencecah sehingga RM10,000 sejak bulan Februari lalu hingga kini.

Disebabkan kebimbangan duit mereka akan dikebas toyol lagi, kebanyakan penduduk telah cuba mengamalkan petua orang tua dengan mengepit wang kertas dengan stapler, mengikat dan mere­nyukkan wang kertas serta menyimpannya di dalam peti sejuk.

“Saya adalah antara salah seorang mangsa terbaharu toyol tersebut apabila kehila­ngan wang tunai sebanyak RM500 yang di­simpan di dalam beg pada Jumaat lalu,” kata salah seorang penduduk Kampung Polong.

Mangsa bernama Sudarwaty Abdul Rajab yang merupakan seorang penjawat awam memberitahu, dia mengeluarkan RM1,000 daripada bank untuk diberikan kepada ibu bapanya pada hari kejadian.

Ketika mahu menyerahkan wang tersebut kepada mereka, dia terkejut apabila wang di dalam beg hanya tinggal RM500. Dia mengesyaki wang tersebut dicuri toyol kerana sebelum ini wang di dalam tabung anaknya pun hilang.

Tambahnya lagi, dia sering mengamalkan petua orang lama dengan mengikat semua wang kertas yang ada dan membiarkannya dalam keadaan renyuk selepas kisah toyol semakin bermaharajalela di kampung tersebar.

Wang tunai dicuri toyol

Seorang penduduk menunjukkan wang tunai yang dikepit menggunakan stapler sebelum disimpan di dalam beg – Sumber KOSMO

“Orang kata jika wang diikat dan dibiarkan renyuk, toyol tidak akan mengambilnya, namun baru-baru ini selepas mengeluarkan duit daripada bank, saya terlupa untuk berbuat demikian,” kata Sudarwaty Abdul Rajab lagi.

Selain itu, penduduk Kampung Pulai yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah mendakwa, kejadian sama sebenarnya telah berlaku kira-kira 10 tahun lalu tetapi makhluk tersebut jarang muncul selepas itu.

Bagaimanapun, toyol tersebut kembali muncul tahun ini dan semakin kerap membuat onar sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini, beberapa penduduk mendakwa pernah melihat kelibat makhluk hitam berbulu pada awal pagi namun pastinya ada kes duit orang kampung hilang kena curi setiap kali kelibatnya muncul.

Tambahnya lagi, pelbagai cara telah dia buat untuk elak duit dikebas toyol seperti sorok di dalam peti ais, di bawah tilam atau di dalam tin, namun ia tetap juga hilang.

Wang tunai dicuri toyol

Seorang penduduk menunjukkan wang yang disorok di dalam peti ais mengikut petua bagi mengelakkan daripada dicuri toyol – Sumber KOSMO

Selepas meminta bantuan seorang ustaz untuk ‘memagar’ rumah mereka supaya tidak dapat dibolosi makhluk halus, dengan izin Allah, keluarganya kini selamat daripada menjadi mangsa kecurian toyol tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya belum menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian tersebut setakat ini.

Tambah Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, dia menasihatkan penduduk yang kehilangan wang supaya membuat laporan segera bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Pihak polis juga akan berusaha menjalankan rondaan lebih kerap di kawasan kampung yang dikatakan terlibat dengan kecurian wang tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...