Baru-baru ini, anak lelaki pengacara popular, AC Mizal bersama bekas isteri iaitu Muhammad Shabil Iman telah selamat disatukan bersama pasangan pilihan hatinya.
Video sekitar majlis pernikahan tular di media sosial, lagi-lagi apabila netizen berasa sebak melihat Shabil tidak henti-henti menangis sepanjang majlis pernikahan berlangsung.
Susulan itu, kebanyakkan netizen persoalkan keberadaan AC Mizal yang sama sekali tidak kelihatan di majlis pernikahan tersebut biarpun dia merupakan bapa kandung kepada Shabil.
Bahkan, ada yang berkata AC Mizal kini sedang sibuk menghantar anak lelakinnya, Reeve Damian sambung belajar ke luar negara.
Video Shabil menangis sebelum akad nikah itu telah meraih hampir 90,000 tanda suka dan sebanyak 2.6 juta tontonan di platform TikTok.