Anak Tumpahkan Pengilat Kuku Pada Pakaian, Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5k – “Ujian Nak Raya..”

Hiburan

Anak Tumpahkan Pengilat Kuku Pada Pakaian, Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5k – “Ujian Nak Raya..”

Penyanyi Tomok semalam memaklumkan bahawa dia terpaksa membayar lebih RM5,000 sebagai ganti rugi kepada sebuah butik pakaian ketika membeli baju raya bersama keluarga.

Maklum Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail,39, anaknya dengan tidak sengaja telah menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Difahamkan, isteri dan anak-anaknya telah masuk ke butik berkenaan untuk membeli seluar raya.

Kejadian tak terduga berlaku apabila anak saya tumpahkan pengilat kuku pada seluar yang berharga RM1,299. Ia bukan tumpah pada sehelai seluar tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899.

Susulan kejadian itu, pihak pengurusan butik tidak membenarkan Tomok untuk beredar selagi tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang telah rosak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Tomok kemudian akur dan membayar harga pakaian yang rosak setelah diberikan diskaun oleh pihak butik tersebut.

Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ni. Selepas diskaun saya kena bayar RM5,593. Pengilat kuku hanya terkena sikit pada baju, tapi saya faham ini peraturan dan saya mengaku ini silap saya.

Dia dalam pada itu menganggap segala apa yang terjadi adalah ujian menjelang hari lebaran dan meminta agar sesiapa yang berminat untuk membeli baju itu menghubunginya di media sosial.

Shila Amzah rakan sekolah madu isteri kedua
1 year ago

"Ini Isteri Dato' Nd Lala.." - Rakan Sekelas Shila Amzah Jadi Madu, Isteri Sahkan Spekulasi Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...