January 4th, 2016

Apabila Maria Farida digelar perampas oleh Karen Rahman sebelum ini, anak-anak tirinya sebolehnya mempertahankan beliau tetapi kini mereka meluahkan rasa kesal kerana Maria mengabaikan mereka selepas berkahwin dengan Datuk Rahman.

Menurut anak tirinya bernama Nurshazleen Anis, pada awalnya mereka dilayan dengan baik oleh Maria tetapi semuanya tidak kekal malah bapa mereka juga mula berubah sikap.

Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi. Daripada adik-beradik, saya dapat tahu papa terlalu marah dengan saya tetapi saya tidak tahu apa puncanya.

Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri. Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami.

Shazleen juga memberitahu beliau merasa kesal dengan dirinya kerana termakan hasutan agar memburukkan  bekas ibu tirinya Karen di media sosial  dan didalam sebuah program hiburan sebelum ini.

Setelah apa yang berlaku, beliau sedar bahawa Karen adalah insan yang sangat mengambil berat akan beliau dan adik beradik yang lain.

Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy (Karen) yang sentiasa mengambil berat. Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan.

Selain Shazleen beliau ada lima lagi adik beradik iaitu Wan Nathasha, 22, Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Rayan, 6.

Maria Farida pula mempunyai seorang anak lelaki bernama Mizan Ashley, 19, hasil perkahwinan beliau sebelum ini.

Fuh, agak panas juga pengakuan yang dibuat oleh anak tiri Maria Farida. Baru sahaja berkahwin, dah macam-macam kontroversi yang menghimpit beliau. Apa pula jawapan Maria akan luahan yang dibuat oleh anak tirinya ini? Erm..

Sumber Berita: Malay Mail Online


Comments are closed.

Loading...