Anak Terpecahkan TV, Netizen Ketawa Lihat Reaksi Ayah

Trending

Anak Terpecahkan TV, Netizen Ketawa Lihat Reaksi Ayah

Tidak dinafikan, memiliki anak kecil atau kanak-kanak sudah pastinya mampu untuk menceriakan dan memeriahkan lagi suasana di rumah. Ya lah mana tidaknya, ada sahaja telatah mereka ini yang menghiburkan.

Boleh dikatakan, keluarga yang mempunyai anak kecil di rumah mesti banyak kali merasai suasana rumah yang kecoh dan meriah. Ibu bapa sememangnya memerlukan tenaga yang banyak untuk melayan karenah dan telatah mereka yang pelbagai ragam.

Advertisement

3 years ago

Comel, Gelagat Kanak-Kanak Mengeluh Ketika Tolong Atuk

Bukan sahaja melayan, ibu bapa juga akan menjadi saksi segala gelak tawa dan tangisan mereka. Telatah mereka yang pelbagai ragam kadangkala boleh mencuit hati, tidak kurang juga boleh membuatkan kita ‘geram’ jika tiba waktu nakal mereka.

Lucu lihat reaksi ayah apabila anak lelakinya tidak berhenti menangis selepas terpecahkan TV

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan situasi seorang kanak-kanak lelaki dan ayahnya ketika sedang menonton TV di ruang tamu rumah mereka.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang menangis kerana tidak sengaja terpecahkan kaca TV ayahnya sehingga TV tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik kerana setengah skrin paparan telah rosak.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila melihat reaksi ayahnya memerli dan cuba memujuk anaknya yang sedang menangis itu.

Lebih melucukan, ayahnya siap memesan kepada anaknya itu agar menggantikan semula TV yang baru apabila dia sudah besar setelah berjaya memujuk anaknya di akhir perkongsian video tersebut.

“Adik ingat tau, adik dah janji. Papa kau dah ada bukti tu haha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.9 juta tontonan, 219.5 ribu tanda like dan 7.6 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki tersebut dengan ayahnya.

Anak pecahkan TV ayah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Anak pecahkan TV ayah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang menyakat manja kanak-kanak tersebut dengan mengatakan bulan ini tiada susu untuknya dan hanya boleh minum air masak sahaja.

Ramai juga yang berseloroh dengan mengatakan kepada kanak-kanak tersebut supaya jangan lupa yang dia sudah berjanji kepada ayahnya untuk menggantikan TV baru apabila dia sudah besar.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...