Anak Tak Mahu Pulang Ke Rumah Rosland, Bekas Madu Miera Leyana Fail Tuntutan Hak Anak Interim – “Saya Dah Buat Laporan Polis”

Kehidupan

Anak Tak Mahu Pulang Ke Rumah Rosland, Bekas Madu Miera Leyana Fail Tuntutan Hak Anak Interim – “Saya Dah Buat Laporan Polis”

Bekas isteri kepada Rosland yang juga suami kepada pelakon Miera Leyana kini, Adibah Abdul Mutalib dilaporkan telah memfailkan tuntutan ubah perintah interim Hadanah terhadap anak keempatnya, Nur Anisa, 13.

Adibah tuntut hak penjagaan anak

Advertisement

Bekas madu Miera Leyana tuntut hak penjagaan anak

Nur Anisa yang kini berada di jagaan bapa, Rosland difahamkan telah meluahkan hasrat untuk tinggal bersama ibunya, Adibah dan juga adik beradiknya yang lain.

Anak enggan balik rumah bapa

Menurut Adibah, dia sebelum ini akur dengan perintah mahkamah untuk memberikan hak penjagaan interim kepada Rosland namun tuntutan terbaru ini dibuat atas permintaan Anisa.

Tujuan saya memfailkan tuntutan ubah interim hadanah untuk Nur Anisa ini disebabkan permintaannya sendiri yang meluahkan kepada saya sejak Januari lalu, di mana dia mahu duduk bersama saya dan bersekolah dekat dengan rumah kami.

Berkali-kali juga Anisa memberitahu saya mengenai hasratnya itu apabila pulang ke rumah ketika cuti persekolahan. Jadi, sebagai ibu sudah pasti saya inginkan yang terbaik untuk anak, terutama kebajikan, keselamatan, kesihatan mental, dan emosi stabil.

Semalam, Rosland yang hadir bersama ibu mentuanya, Aisah Abdullah ke mahkamah didakwa tidak memberikan kerjasama baik dan membantah tuntutan tersebut ketika perbincangan bersama Hakim Syarie.

Dah buat laporan polis elak dituduh menghasut anak

Maklum Adibah lagi, dia sudah membuat laporan polis bagi menyangkal tuduhan di mana dia menghasut anaknya supaya tidak kembali ke rumah Rosland.

Saya membuat laporan polis pada 4 Jun lalu apabila Nur Anisa memang sudah tidak mahu pulang ke rumah bapanya, Rosland, dan ingin tinggal bersama saya serta adik-beradik yang lain.

Laporan polis itu dibuat kerana saya tidak mahu didakwa menjadi penghasut kepada Nur Anisa hingga dia tidak mahu balik ke rumah bapanya, sedangkan ia atas kerelaan sendiri.

Terdahulu, Adibah mendapat hak penjagaan anak tiga lagi anaknya setelah bekas suaminya itu memfailkan tuntutan hadanah pada 24 Mac tahun lalu.

Kedua mereka bercerai talak satu pada 3 Ogos 2023. Rosland pula bernikah kali kedua dengan pelakon Miera Leyana pada Julai 2020.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aisyah Hijanah dituduh scam
6 months ago

Didakwa Kutip Derma Setiap Bulan Untuk Kepentingan Peribadi, Aisyah Hijanah Nafi - "Saya Serahkan Kepada Peguam"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...