“Anak ‘Speech Delay’ Salahkan Kami!” – Viral Guru Tegur ‘Parents’ Punca Perkembangan Anak Lambat

Kehidupan

“Anak ‘Speech Delay’ Salahkan Kami!” – Viral Guru Tegur ‘Parents’ Punca Perkembangan Anak Lambat

Di media sosial baru-baru ini, tular satu luahan seorang ibu yang berasa terkilan terhadap sebuah tadika apabila anaknya yang baru saja bermula sekolah selama dua hari di ‘reject’ akibat terkencing di dalam seluar.

Berhubung dengan luahan terbabit, tampil seorang wanita yang difahamkan seorang guru tadika tampil memberi pandangannya terhadap hal itu.

Advertisement

Melalui video yang dimuat naik semula oleh seorang penguna di Twitter, guru terbabit memberi saranan kepada guru tadika berkenaan untuk membuat pemerhatian selama dua minggu dahulu sebelum mengambil apa-apa keputusan.

Dalam pada memberi ‘idea’ kepada guru tadika berkenaan, wanita itu turut berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam isu yang terjadi ini dan memastikan anak yang berumur 4 tahun keatas seharusnya sudah pandai urus dirinya sendiri.

Dia turut bertegas bahawa tadika bukan tempat untuk anak kecil belajar pergi ke tandas tetapi ia tempat menguasai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

komen twitter

I tak salahkan cikgu tu, I salahkan parents. Tak boleh ke ajar anak awal-awal?!

Ciapan berkenaan telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan, namun ada juga yang kurang selesa dengan intonasi wanita itu berbicara di dalam video berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Kira 'Profit' Bukan Macam Tu" - Lelaki Kira Jualan Chef Ammar Lebih RM2 Juta Sebulan, Kena 'Sekolah' Dengan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...