Di media sosial baru-baru ini, tular satu luahan seorang ibu yang berasa terkilan terhadap sebuah tadika apabila anaknya yang baru saja bermula sekolah selama dua hari di ‘reject’ akibat terkencing di dalam seluar.
Berhubung dengan luahan terbabit, tampil seorang wanita yang difahamkan seorang guru tadika tampil memberi pandangannya terhadap hal itu.
Melalui video yang dimuat naik semula oleh seorang penguna di Twitter, guru terbabit memberi saranan kepada guru tadika berkenaan untuk membuat pemerhatian selama dua minggu dahulu sebelum mengambil apa-apa keputusan.
Cikgu tadika yang kononnya savage.
Kids dunno anything, kadang depa takut dengan cikgu/strangers. pic.twitter.com/NvSIhS9xoD
— B bie (bibie) (@twtbiy) April 21, 2022
Dalam pada memberi ‘idea’ kepada guru tadika berkenaan, wanita itu turut berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam isu yang terjadi ini dan memastikan anak yang berumur 4 tahun keatas seharusnya sudah pandai urus dirinya sendiri.
Dia turut bertegas bahawa tadika bukan tempat untuk anak kecil belajar pergi ke tandas tetapi ia tempat menguasai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
I tak salahkan cikgu tu, I salahkan parents. Tak boleh ke ajar anak awal-awal?!
Ciapan berkenaan telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan, namun ada juga yang kurang selesa dengan intonasi wanita itu berbicara di dalam video berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.