Ismail Rifqi iaitu anak kedua seorang pelawak popular Shahrol Shiro beransur pulih dan kelihatan semakin aktif selepas enam hari menjalani pembedahan buah pinggang.
Isterinya Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah berkata bayi lelakinya itu sudah aktif bergerak seperti biasa dan luka pada jahitannya juga sudah kering.
Anna berkata bahawa anaknya itu telah menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik pada 1 September lalu di Subang Jaya. Dia juga cuba untuk tidak membawa anaknya keluar ke tempat yang berisiko tinggi dan terdedah kepada jangkitan kuman.
Alhamdulillah Ismail semakin aktif. Sebab dia baby, luka dia cepat baik… bahagian operate dah kering cepat
Ismail Rifqi yang baru berusia 10 bulan memerlukan penjagaan rapi daripada segi pemakanan dan aktiviti seharian oleh kerana masalah buah pinggang yang dialaminya itu berkemungkinan boleh kembali tanpa dijangka.
Saya risau dia punya pemakanan sebab dia cuma ada satu buah pinggang, tak boleh makan terlalu banyak garam.
Shahrol dan Nor Farhanah juga merancang untuk anak keduannya itu bersunat dalam masa terdekat jika keadaannya semakin baik.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.