“Luluh Hati Bila Tengok Ismail Sakit..” Anak Kedua Shahrol Shiro Hanya Ada Satu Buah Pinggang

Hiburan

“Luluh Hati Bila Tengok Ismail Sakit..” Anak Kedua Shahrol Shiro Hanya Ada Satu Buah Pinggang

Pelawak Shahrol Shiro memberitahu bahawa dia dan isteri, Nor Farhana Syamimi reda dengan ketentuan Ilahi apabila anak kedua mereka, Ismail Rifqi hanya memiliki satu buah pinggang.

Shahrol Shiro Hans Isaac
3 years ago

Bertelagah Kerana Berbeza Fahaman Politik, Shahrol Shiro Balas Teguran Hans Isaac

Advertisement

Ujar Farhana, mereka dimaklumkan doktor mengenai keadaan Ismail yang memiliki buah pinggang sebelah kiri.

View this post on Instagram

A post shared by Anna Hana (@anna_danisha)

Walau bagaimanapun, keadaan buah pinggang yang ada itu juga mengalami bengkak dan berada dalam keadaan tidak baik serta memerlukan rawatan segera.

Doktor mendapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada, Manakala buah pinggang Ismai sebelah kiri bengkak. Ismail perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.

Sehubungan dengan itu, Shiro dan isteri memohon jasa baik orang ramai agar mendoakan kesihatan anak mereka itu yang baru sahaja berusia lapan bulan.

Mengakui luluh hati melihatkan keadaan anak keduanya itu, Farhana berharap mereka berdua terutamanya dia sebagai ibu untuk sentiasa kuat menghadapi dugaan berat tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Anna Hana (@anna_danisha)

Jelasnya lagi, Ismail mula mengalami gejala kerap demam dan naluri seorang ibu merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya itu.

“Kami bawa Ismail berjumpa pakar dan buat pemeriksaan menyeluruh. Memang terkejut bila doktor kata kedua-dua buah pinggang Ismail sudah rosak dan agak kronik.” ujarnya lagi menerusi sebuah hantaran yang dibuat di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Ismail dan dipermudahkan urusan, InsyaAllah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...