“Anak pun suka” – Lelaki Kongsi Resipi Buat Mac & Cheese Hanya Guna Cawan, Sangat Mudah Dan Cepat!

Kehidupan

“Anak pun suka” – Lelaki Kongsi Resipi Buat Mac & Cheese Hanya Guna Cawan, Sangat Mudah Dan Cepat!

Menu ‘Western’ mungkin menjadi pilihan mereka yang gemarkan makanan ringan seperti spagethi, macaroni and cheese dan sebagainya.

Kadang-kadang dah jemu nak makan nasi, pilihan menu barat dipilih dan menjadi ‘favorite’ ramai orang tanpa mengira umur.

Advertisement

Perkongsian seorang individu ini tentang cara membuat Macaroni and Cheese (Mac n Cheese) mudah dengan hanya menggunakan cawan telah menarik perhatian ramai netizen.

Sangat mudah disediakan malah kelihatan sedap, ini adalah ‘summary’ tentang cara-cara menyediakan mac n cheese versi dalam cawan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1.Satu cawan saiz besar

2.Macaroni

3. Garam

4. Serbuk Perasa

5. Serbuk Paprika (optional)

6. Susu

7. Red Cheddar Cheese ( apa-apa jenis cheese lain juga boleh)

8. Daun Bawang  (optional)

Secara ringkas, sediakan bahan-bahan di atas. Letak macaroni ke dalam cawan dan masukkan air sehingga ia tenggelam sedikit. Kacau sebati.

Masukkan ke dalam microwave dan masak sehingga 2 minit 30 saat. Kacau supaya ia tidak melekat pada bawah cawan dan masukkan semula ke dalam microwave, ulang ‘step’ yang sama.

Bila sudah masak, masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk paprika. Kacau sebati.

mac n cheese

Tuang susu ke dalam cawan berisi macaroni sehingga ia tenggelam sedikit. Kacau sebati.

Masukkan cheese dan kacau lagi. Masukkan mac n cheese ke dalam microwave selama 30 saat. Keluarkan dan kacau lagi supaya cheese sebati dengan macaroni. Masukkan semula ke dalam microwave dan masal lagi selama 30 saat.

Akhir sekali, hiaskan mac n cheese tadi dengan hirisan daun bawang sebagai penambah rasa. Siap!

Selamat mencuba!

3 years ago

"Dah Try Buat, Sedap Sangat" - Viral Resipi Sup Ayam Tanpa 'Sup Bunjut', Ramai Dah Cuba & Suka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...