“Dah Try Buat, Sedap Sangat” – Viral Resipi Sup Ayam Tanpa ‘Sup Bunjut’, Ramai Dah Cuba & Suka

Makanan

“Dah Try Buat, Sedap Sangat” – Viral Resipi Sup Ayam Tanpa ‘Sup Bunjut’, Ramai Dah Cuba & Suka

Kebiasaannya, kalau kita memasak sup ayam akan menggunakan ‘sup bunjut’ kerana mudah sudah ada semua rempah ratus di dalam.

Tapi, sekali sekala apa salahnya mencuba sesuatu resipi yang baru kan? Sup ayam tanpa ‘sup bunjut’ tular di Facebook baru-baru ini dan ternyata mereka yang sudah mencuba mengakui rasanya memang sedap.

Advertisement

Resipi yang asalnya dikongsi oleh Nur Amalyna ini tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak. Jom admin share dengan anda sup yang sangat mudah untuk dibuat ini.

 

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Ubi kentang
  • Serai (diketuk)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Halia (diketuk)
  • Cili padi
  • Daun ketumbar
  • Limau
  • Perasa
  • Garam

 

Cara memasak

  • Masukkan ayam, ubi kentang, bawang putih, serai, halia dan beberapa cili api dalam periuk
  • Tuangkan air untuk rebus semua bahan di atas

  • Bila air mendidih, masukkan perasa dan garam
  • Sambil tunggu bahan-bahan masak, tumbuk bawang merah dan cili padi. Letakkan di dalam mangkuk yang akan digunakan untuk hidang sup

  • Masukkan perahan air limau dan daun ketumbar
  • Sup siap dimasak. Tuang dalam mangkuk berisi bawang merah dan cili padi

Menerusi ruangan komen di Facebook, ramai netizen berkata tidak sabar mahu mencuba resipi sup ayam itu. Segelintir daripada mereka berkata sudah cuba resipi itu dan memuji kesedapannya.

Admin sendiri dah pernah cuba resipi ini, memang sedap rasa masam dan pedas tu. Lebih kurang seperti sup ala thai, memang enjoy hirup panas-panas.

Ada yang dah tahu dan pernah cuba resipi ini?

1 year lalu

(VIDEO) Resipi Rahsia Udang Celup Tepung Ala-Ala Thai, 'Confirm' Jadi!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...