“Anak Macam Mana?”- Gaji RM2k Tapi Ada 3 Bini, Lelaki Ini Dakwa Dah Cukup Kalau Gaji Berkat?

Kehidupan

“Anak Macam Mana?”- Gaji RM2k Tapi Ada 3 Bini, Lelaki Ini Dakwa Dah Cukup Kalau Gaji Berkat?

Satu perkongsian pendapat yang dikongsi pelakon Redza Minhat di ruangan Twitter miliknya telah menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Dalam hantaran berbentuk tangkap layar itu, seorang individu mengatakan bahawa pendapatan berjumlah RM2,000 sangat mencukup dan mempunyai nilai barokah.

Advertisement

Katanya lagi, jikalau seseorang itu mempunyai gaji mencecah RM20,000 tapi tidak berkat hidup mereka tetap kacau bilau dan tidak tenteram.

Dia juga mengatakan bahawa pendapatannya hanya RM2,800 sebulan dan mempunyai tiga isteri namun sentiasa cukup menampung ke

Perkara tersebut sekaligus membuatkan warga maya yang sentiasa dahagakan perdebatan tertanya-tanya bagaimanakan individu itu dapat menanggung dirinya dan tiga isteri dengan hanya pendapatan tidak sampai RM3,000 sebulan itu?

Antara komen netizen adalah mungkin ketiga-tiga isteri individu itu mempunyai pekerjaan  mereka sendiri dan ada juga yang mempersoalkan ke manakah tanggungjawab si suami jika isteri terpaksa keluar mencari duit untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

gaji 2.8k isteri 3Sumber : Twitter  

Faham nilai barokah tapi bila sampai isteri 3 orang. Kalau tak terjaga, batal barokah tu. Belum masuk hal anak-anak dan hukum lain lagi.

Dalam pada itu, ramai yang menasihatkan secara umum agar hidup berpandukan kemampuan sendiri dan tidak sesekali ‘menunggang agama’ bagi menghalalkan perkara yang salah dari segi undang-undang dan hukum agama.

3 years ago

“Yuran Dahla Mahal” - Nak Habis Tahun Buku Teks Anak Belum Dapat, 'Parents' Mengeluh Sistem Pengajian KAFA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...