Anak Kecil Duduk Dalam Sangkar Kucing Bikin Netizen Terhibur

Trending

Anak Kecil Duduk Dalam Sangkar Kucing Bikin Netizen Terhibur

Seperti yang kita tahu, telatah kanak-kanak atau anak kecil pastinya mampu mencuit hati ramai orang memandangkan mereka masih lagi dalam fasa ingin mengenal dunia dan mencuba perkara baru. Telatah tersebut sedikit sebanyak boleh menjadi hiburan bagi orang yang melayan mereka.

Boleh dikatakan, ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah memerlukan tenaga yang banyak untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam. Macam kita tahu lah, tidak sah kalau sehari tiada perkara mereka lakukan yang mampu menghiburkan seluruh ahli keluarga.

Advertisement

3 years ago

Gelagat Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Netizen Terhibur

Namun, melayan karenah anak kecil yang banyak akal ini sebenarnya seronok untuk para ibu bapa. Bukan apa, kadangkala perkara yang mereka lakukan itu sememangnya di luar jangkaan kita dan nak tak nak, ibu bapa terpaksalah layankan saja karenah mereka itu.

Ibu rakam gelagat selamba anak kecil letak semua anak kucing di luar , dia pula yang duduk dalam sangkar

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian daripada seorang pengguna bernama aindarman yang memaparkan gelagat anak kecil terkantoi duduk di dalam sangkar kucing oleh ibunya.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan anak perempuan kepada pengguna itu sedang bermain dengan anak-anak kucing mereka di luar rumah.

Namun, apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila dia dilihat duduk dalam sangkar kucing dan dengan selambanya mengeluarkan kesemua anak kucing yang berada di dalam sangkar itu.

Lebih melucukan, si ibu kemudiannya menyuruh anak perempuannya itu untuk keluar daripada sangkar kucing tersebut tetapi dia masih berkeras ingin duduk di dalam sangkar itu dan bertindak seolah-olah dia tidak bersalah.

“Dia buli anak cat tu, disuruh keluar anak cat tu hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 702.1 ribu tontonan, 68.5 ribu tanda like dan 1.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak kecil tersebut duduk dalam sangkar kucing.

Anak kecil duduk dalam sangkar kucing

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Anak kecil duduk dalam sangkar kucing

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan mereka risau dan takut anak-anak kucing yang duduk di dalam sangkar itu ada beberapa ekor dilenyek oleh kanak-kanak tersebut.

Ada juga yang turut berkongsi mempunyai pengalaman yang sama kerana anak mereka juga pernah masuk ke dalam sangkar tempat diletakkan kucing-kucing mereka.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...