Pelakon Datin Seri Zizie Izette baru-baru ini memuat naik video menunjukkan anak-anaknya menangis dan bertanya sama ada dia menang dalam kes di mahkamah atau tidak.
Isteri ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu menjawab kepada anaknya bahawa mereka tidak menang.
Perkongsiannya itu bagaimanapun menerima sindiran sesetengah netizen yang berpendapat Zizie hanya mahu meraih simpati orang ramai.
Malah, segelintir warganet di Twitter membezakan kes Zizie dan suami dengan wanita yang pernah dipenjara 14 bulan kerana mencuri milo untuk memberi makan kepada anaknya.
Akak yang curi milo tu lagi kesian, anak 4 orang, kena penjara 14 bulan. Mencuri sebab nak bagi anak makan. Kau mencuri sampai 2 juta. Tu bukan makan, tu mentedarah.”
Kata netizen, Zizie tidak perlu ‘tunggang’ anak dalam hal ini memandangkan mahkamah telah memberikan tarikh lain untuk dia dan suami membela diri.
Kalau tak salah bela diri.Mahkamah pon dah bagi tarikh lain untuk membela diri.Jangan tunggang anak2 untuk dapat simpati.Akak yang curi milo tu lagi kesian,anak 4orang kena penjara 14bulan.Mencuri sebab nak bagi anak makan.Kau mencuri sampai 2juta.Tu bukan makan tu mentedarah pic.twitter.com/IQ5edfQW2Z
— Abdul Rani Kulup Fans (@KulupFans) September 4, 2022
Minggu lalu, Zizie dan Bung Moktar telah diperintahkan untuk membela diri Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Hantaran di Twitter itu mendapat perhatian netizen dan sesetengah daripada mereka meluahkan pendapat serta perasaan mereka terhadap kes ini.
Ada yang menyindir Zizie untuk tidak ‘play victim’ dan menggunakan kaum keluarga bagi mendapatkan simpati orang ramai.