Penyanyi, Stacy Anam akui sudah berusaha untuk menambah bilangan ahli keluarga, anak-anaknya juga sudah mula bertanyakan mengenai adik baharu.
Stacy atau nama sebenarnya Syaikhah Stacy Anam berkata biarpun sebelum ini ada merancang untuk menjarakkan usia anak, namun sekarang ini dia serahkan semuanya pada Allah S.W.T.
Mungkin jawapan ini dianggap klise oleh segilintir pihak, namun kami sudah berusaha ke arah itu cuma belum ada rezeki lagi.
View this post on Instagram
Menurut penyanyi tersebut, sebelum ini dia dan suaminya, Akim ada merancang untuk memberi jarak kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap anak-anak mereka supaya tiada yang tertinggal.
Siapa kita hendak mempersoalkan perancangan Allah S.W.T. Ia sesuatu yang tak dapat dijangka.
Sekadar info, Stacy berkahwin dengan Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan Akim & The Majistret pada 5 Februari 2016.
Penyanyi lagu Kyahal itu mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Bella De Luna Valentina, 8 dan seorang anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 4 tahun, hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
September 20, 2021 at 1:56 pm
kadang2 x announce pon tapi biasa la wartawan nak carik cerita panas.. isu2 bila nak kahwin, bila nak ada anak,bila nak tambah anak bukan pada artis je.. orang biasa pon ditanya benda yang sama dengan makcik2 bawang… dah 2021 ni udah2la tanya pasal benda dalam kain.. dah tau urusan jodoh, ajal, anak semua tu kat tangan Dia.. ingat buat anak g beli kat supermarket boleh dapat agaknye..
no nonsense
September 14, 2021 at 11:54 am
cerita2 mcm ni simpan dlm kain cukup lah..kalau ada baru announce. kan manis? tgk wife johan si ozlyn tu.. tak perlu publisiti merepek. tahu2 dh melahirkan ank.