“Anak Bukan Murah, Jadi ‘Parents’ Rancang Kewangan Betul-Betul” – Uyaina Arshad Akui Perbelanjaan Besarkan Anak Tinggi

Hiburan

“Anak Bukan Murah, Jadi ‘Parents’ Rancang Kewangan Betul-Betul” – Uyaina Arshad Akui Perbelanjaan Besarkan Anak Tinggi

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad akui kos untuk membesarkan anak pada zaman kini agak mahal lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berpendapat setiap ibu bapa tetap perlu menyediakan barang keperluan asas yang cukup buat anak mereka yang masih kecil.

Advertisement

Realiti hari ini (ekonomi dan barang keperluan bayi) mahal. Anak bukan murah.

Uyaina Arshad

Zalim sekiranya kita tak berikan keperluan asas untuk anak-anak.

Pengacara itu berkata ibu bapa juga perlu bijak merancang kewangan mereka demi menjamin masa depan anak-anak.

Bila dah jadi ibu bapa, ‘financial planning’ kena rancang betul-betul.

ig story uyaina

Sekadar info tambahan, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Uyaina arshda tenang nama kena petik
3 months ago

Nama Kena 'Petik' Bakal Disaman Abang Bas, Uyaina Arshad Tenang - "Tak Sedih Pun, Ramai Lagi Orang Yang Waras Dan Bijak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...