Anak Bongsu 14 Tahun ‘Pasrah’ Dapat Adik Lagi Ketika PKP

Trending

Anak Bongsu 14 Tahun ‘Pasrah’ Dapat Adik Lagi Ketika PKP

Tidak dinafikan, anak bongsu dalam keluarga selalunya memang akan mendapat lebih perhatian daripada ibu bapa berbanding abang dan kakak. Bukan apa, lebih perhatian tertumpu kepada mereka kerana ibu bapa merasakan yang abang dan kakak sudah mampu berdikari serta menyelesaikan urusan mereka sendiri.

Disebabkan itu, sering kita lihat anak bongsu yang lebih manja dengan ibu bapa mereka. Walaupun mereka sudah meningkat umur dan bukan lagi budak kecil, namun kemanjaannya bersama mak ayah masih lagi seperti anak kecil.

Advertisement

2 years lalu

"Tiga Hari Sebelum Konvo Ayah Meninggal", Lelaki Ini Kongsikan Kisah Sedih Hari Konvokesyen Adik Bongsu

Namun, kuasa Allah tiada siapa yang boleh duga kan? Kadangkala ada anak bongsu yang tidak dapat mengekalkan gelaran itu kerana mendapat adik baru walaupun perkara tersebut adalah di luar jangkaan mereka.

Hasil penangan PKP, remaja hilang gelaran anak bongsu 

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama pienoll yang memaparkan seorang anak bongsu dalam keluarga terpaksa melepaskan gelaran itu kerana mendapat adik baru.

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, gadis itu meletakkan gambar dia bersama ibu dan adik-beradiknya beserta umur mereka masing-masing. Gadis tersebut berumur 23 tahun dan tiga adiknya lagi masing-masing berumur 22 tahun, 18 tahun dan 14 tahun.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila kapsyen yang disertakan oleh gadis itu memaklumkan yang mereka kembali memperoleh adik baharu selepas 14 tahun susulan ibu mereka melahirkan seorang lagi adik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Adik lelaki bongsunya yang berumur 14 tahun telah ‘kehilangan’ gelaran bongsu apabila diambil oleh bayi yang baru lahir tersebut. Walaupun rasa terkejut, namun mereka sekeluarga tetap teruja dan gembira menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga.

“Patut lah yang umur 14 tu muka tak redha macam terpaksa dapat adik”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.5 ribu tontonan, 113.2 ribu tanda like dan 1.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat perkongsian gadis tersebut.

Ibu lahirkan adik bongsu baru

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Ibu lahirkan adik bongsu baru

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang terhibur kerana tidak menyangka selepas belasan tahun mereka akan menimang adik lagi padahal sudah menyangka yang adik berusia 14 tahun itu merupakan anak bongsu dalam keluarga.

Ramai juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama dengan gadis tersebut dengan mengatakan mereka sekarang berumur 20 tahun dan ibunya sedang mengandung anak kembar.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...