“Tiga Hari Sebelum Konvo Ayah Meninggal”, Lelaki Ini Kongsikan Kisah Sedih Hari Konvokesyen Adik Bongsu

Kehidupan

“Tiga Hari Sebelum Konvo Ayah Meninggal”, Lelaki Ini Kongsikan Kisah Sedih Hari Konvokesyen Adik Bongsu

Disebabkan sekarang ini tengah musim konvokesyen, ramai yang berkongsikan kisah dan pengalaman hari konvokesyen mereka. Setiap kali konvokesyen, pastinya kita ingin raikan hari tersebut dengan keluarga dan orang tersayang.

Kali ini kisah dikongsikan oleh Muslim Awang di laman Twitter nya telah mendapat perhatian daripada netizen. Setakat ini, perkongsiannya telah mendapat hampir 20 ribu retweet.

Advertisement

“Nak nangis baca story adik bongsu aku, hari ni konvo dia, dia anak bongsu, 3 hari lepas abah aku meninggal.”

Anak bongsu daripada 8 adik beradik itu berkongsikan gambar-gambar hari konvokesyen adik beradiknya sebelum ini yang disambut oleh mereka sekeluarga.

konvokesyen
konvokesyen
konvokesyen
konvo
konvokesyen
konvokesyen
konvo
Tiba giliran untuk hari konvokesyen nya tetapi tidak ada sebarang gambar yang dikongsi. Hanya luahan hati yang dikongsi tentang pemergian ayahnya itu.

“Hari ni anak bongsu abah konvo tapi orang tak pergi sebab nak teman mak.”

story instagram

“Mana abah? Orang masuk kerja pukul 8 dah ni?”

Walau apa pun berlaku, dia bersyukur mereka lapan beradik dapat menunaikan hajat ayahnya untuk menguruskan sendiri jenazah ayah mereka untuk kali yang terakhir.

“Tapi alhamdulillah segala hajat abah tercapai, kami 8 beradik sendiri yang mandikan jenazah, kafankan, solat. Masuk dalam kubur usung,peluk dan kebumikan.”

lapan adik beradik
Salam takziah kami ucapkan kepada mereka sekeluarga.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.