“Anak-Anak Tak Bersama Mereka..” – Kate Middleton Muncul Kali Pertama Lepas Pembedahan, Bahagia ‘Shopping’ Dengan William

Dunia

“Anak-Anak Tak Bersama Mereka..” – Kate Middleton Muncul Kali Pertama Lepas Pembedahan, Bahagia ‘Shopping’ Dengan William

Beberapa hari lalu, misteri ‘kehilangan’ Princess of Wales, Kate Middleton menjadi topik bualan hangat di setiap platform media sosial, bahkan netizen Malaysia juga tertanya-tanya keberadaan wanita tersebut yang sudah lama tidak kelihatan di publik.

Susulan lama ‘menghilang’, pelbagai teori dan spekulasi telah muncul, dimana ada yang mendakwa Kate diculik, depresi, malah lebih teruk dicurangi oleh suaminya, Prince William.

Advertisement

Berita gembira buat seluruh dunia

Terbaru, difahamkan dari laporan Daily Mail, Kate dilihat bahagia, sihat dan tenang apabila mengunjungi di sebuah kedai minggu lalu.

Penampilan tersebut merupakan penampilan pertama Kate di khalayak ramai sejak menjalani pembedahan abdominal pada Januari lalu.

Anak-anak tidak bersama mereka ketika itu, tetapi itu merupakan petanda baik menunjukkan Kate sihat berkunjung ke kedai-kedai.

Kate berjalan-jalan bersama William

Bukan saja pertama kali dilihat selepas pembedahan, malah Katej dikatakan berjalan bersama William untuk ke lokasi kegemaran mereka, kira-kira 1.6 kilometer dari kediaman pasangan itu yang terletak di Adelaide Cottage di Winsor, United Kingdom, Sabtu lalu.

Difahamkan pasangan itu sedang menyaksikan ketiga-tiga anak mereka mengambil bahagian dalam acara sukan.

Namun begitu, tiada gambar yang diambil untuk membuktikan kemunculan Kate dan William sewaktu itu. Ia dipercayai bagi menghormati privasi Kate yang kini dalam proses sedang berunsur pulih.

kate middleton
10 months ago

"Dia Dicurangi, Sakit, Depresi, Bercerai.." - Pelbagai Spekulasi Timbul Selepas 'Menghilang', Mana Perginya Kate Middleton?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Daily Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...