“Anak-Anak Masih Kecil..” – Ustaz Kongsi Kisah Wanita Dihalau Dari Rumah, Suami Lepas Tangan Lepas Kahwin Lain

Hiburan

“Anak-Anak Masih Kecil..” – Ustaz Kongsi Kisah Wanita Dihalau Dari Rumah, Suami Lepas Tangan Lepas Kahwin Lain

Baru-baru ini, seorang ustaz yang bernama Abu Hamizan telah berkongsi sebuah pengalaman dimana dia berjumpa dengan wanita bersama dua anak kecil yang meminta kebenaran untuk tumpang tidur di masjid. Diketahui wanita tersebut tidak mempunyai duit untuk membeli tiket bas dan makanan setelah dihalau dari rumahnya.

Dihalau rumah, suami kahwin baru

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di Facebook itu, Abu menceritakan wanita yang bersama kedua anaknya itu hanya berbekalkan sehelai selimut ketika di masjid lewat malam itu.

Advertisement

Ternyata, ibu tersebut telah dihalau dari rumah sewanya dan bapa kepada anak-anaknya itu pula lepas tangan selepas dia berkahwin baru, ujar Abu. Tambahan pula, wanita berkenaan juga diketahui tiada sebarang duit untuk membeli makanan untuknya dan anak-anak.

Masa tu jam dah hampir pukul 12 malam, dengan anak-anak yang masih kecil dan hanya ada sehelai selimut sahaja.

 

Kata ibu ini dia baru dihalau dari rumah sewanya, suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga, Subhanallah.

 

Dia pula tiada tempat untuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di Selangor.

ibu anak

Terdetik rasa bersalah

Mendengar hal tersebut, dirinya terus berasa bersalah sekiranya membiarkan wanita itu tanpa menolongnya. Selepas mendapatkan kepastian dari apa yang diceritakan, Abu pun memberikan sedikit duit untuk kegunaan ibu itu.

Katanya, wang itu diberi untuk membeli tiket bas serta makanan untuk mereka bertiga.

Sebelum saya beredar untuk pulang, saya cuba bantu sekadar yang termampu. Dia minta izin gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.

 

Syukur la kalian yang masih ada tempat tidur, masih ada duit untuk berbelanja, masih mampu tersenyum dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Selain itu, ustaz ini juga sempat memberi nasihat kepada golongan suami supaya tidak mengambil ringan terhadap tanggungjawab seorang suami dan bapa yang telah diamanahkan serta mengambil kisah tersebut sebagai pengajaran.

penyondol
10 months ago

"Saya Banyak Berkorban, Next Year Dia Akan Fokus Saya Seorang Je" - Penyondol 'Play Victim', Minta Isteri Terima Kenyataan Suami Dah Tiada Rasa Cinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...