“Saya Banyak Berkorban, Next Year Dia Akan Fokus Saya Seorang Je” – Penyondol ‘Play Victim’, Minta Isteri Terima Kenyataan Suami Dah Tiada Rasa Cinta

Kehidupan

“Saya Banyak Berkorban, Next Year Dia Akan Fokus Saya Seorang Je” – Penyondol ‘Play Victim’, Minta Isteri Terima Kenyataan Suami Dah Tiada Rasa Cinta

Baru-baru ini, tular di laman Facebook memaparkan pendedahan seorang wanita yang bergelar isteri mengenai perbuatan suami yang berlaku curang terhadap dirinya.

‘Wish’ bulan Ramadan pada suami

Kata wanita itu, ‘penyondol’ tersebut telah pun diberi amaran agar tidak menganggu keluarganya lagi tetapi dia tetap berdegil dan menghantar mesej kepada suami sempena menyambut bulan Ramadan.

Advertisement

Bukan itu saja, malah si isteri turut mendedahkan mesej panjang yang dihantar oleh penyondol itu kepadanya sebagai luahan yang terbuku di hati.

Dalam mesej tersebut, penyondol terbabit seolah-olah mahu membuatkan situasi yang dialami olehnya ‘parah’ dan si isteri perlu mengasihaninya walaupun dia sudah ‘menyondol’ si suami.

penyondol

‘Next year dia akan fokus saya seorang saja’

Dalam pada itu, penyondol berkenaan juga seperti mahu memberitahu pada si isteri bahawa suami sudah tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan isteri dan akan fokus padanya saja.

Bahkan, penyondol itu akui sudah terima balasan daripada Allah SWT atas perbuatan kejinya seperti alami depresi, keguguran sebanyak dua kali dan mendedahkan keadaan tubuh badan sudah tidak normal seperti dulu.

penyondol

Penyondol itu juga enggan menyalahkan dirinya kerana memberitahu sudah beberapa kali cuba menjauhkan diri tetapi suami wanita terbabit masih tetap mencarinya hinggakan satu tahap merayu padanya.

‘Takut’ si isteri telefon ibu bapa

Barangkali sudah geram membaca luahan penyondol itu, wanita terbabit meminta penyondol memberi nombor telefon ibu bapanya agar hal ini dapat diselesaikan tetapi penyondol enggan memberi dan berkata dirinya sudah pun memberitahu pada ibu bapa sendiri mengenai hal ini.

penyondol

Malah, meminta si isteri turut diminta untuk tidak ikut campur dalam urusan meminang suami kepadanya kerana lelaki terbabit dikatakan sudah ‘berjanji’ mahu berkahwin dengannya walau apa pun terjadi.

Hantaran berkenaan sememangnya mendapat perhatian warganet, dimana rata-rata menganggap penyondol itu tidak tahu malu dan seakan-akan mahu ‘play victim’ biarpun sedar dirinya salah dalam situasi yang berlaku.

suami curang
2 months ago

"Tengah Dalam Pantang, Anak Prem 7 Bulan.." - Suami Kantoi Curang, Sakan Karaoke Dengan Penyondol Waktu Isteri Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...