Anak-Anak Dapat Banyak ‘Job’ Berlakon, Azad Jasmin Tak Benarkan Lagi – “Sebab Tu Anak Saya Dapat 9A”

Hiburan

Anak-Anak Dapat Banyak ‘Job’ Berlakon, Azad Jasmin Tak Benarkan Lagi – “Sebab Tu Anak Saya Dapat 9A”

Pasangan selebriti Azad Jasmin dan Eira Syazira mendedahkan bahawa mereka tidak membenarkan anak-anak bekerja meskipun menerima pelbagai tawaran lakonan.

Kata Azad, dia masih belum mengizinkan mereka (anak-anak) untuk terlibat dalam dunia hiburan dan mengaku dirinya sedikit tegas berkenaan isu ini.

Advertisement

Kalau nak cakap fasal tegas, ya bila berkaitan dengan anak-anak dan pendidikan, saya memang tegas..sebab itu baru-baru ini anak saya dapat keputusan 9A dalam peperiksaan.

Mereka juga tidak dibenarkan berlakon lagi. Sampai sekarang memang tak berlakon dalam mana-mana drama atau iklan komersial.

Ujarnya lagi, dia mahu anak-anaknya menikmati kehidupan seorang remaja dan kanak-kanak dan membesar dalam persekitaran yang normal.

Saya mahu mereka berseronok dengan kehidupan kanak-kanak dulu, tidak perlu bekerja. Saya percaya bila sudah tiba masanya nanti, kami sebagai ibu bapa akan dapat melihat kebolehan dan minat anak masing-masing.

Tambahnya lagi, dia dan isteri masih lagi mampu mencari rezeki untuk menyara keluarga sekaligus mendorong mereka untuk membuat keputusan seperti itu.

Sekadar info, Azad telah berkahwin dengan Eira Syazira pada 16 September 2011.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Amarra Sofea Rose, 9, Ameisya Leann Rose, 6 dan Areisya Suri Rose, 5.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

CTDK Baju
9 months ago

"Macam Hantar 'Tailor' Group Taman" - Busana Siti Nurhaliza Di Konsert David Foster Dikritik Tak 'Glamour'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...