May 14th, 2015

Yabedabedu!!! Marilah para jejaka bujang (atau yang dah berkahwin tapi ada niat nak tambah cawangan) melompat kegirangan. Mana tidaknya, pelakon jelita yang sedang hangat di pasaran ketika ini iaitu Amyra Rosli mengesahkan dirinya masih ‘single’. Kalau anda tidak faham apa itu maksud single, meh sini Abang Nara terangkan. Single bermakna tak ada kekasih, no boyfriend, still alone, heart still open, can be ngorat dan seumpama dengannya. Yeah!!!!
amyra rosliNampaknya selepas tak jadi kahwin dengan Dazrin Kamaruddin, Amyra Rosli lebih memfokuskan kepada kerjaya daripada sibuk ingin mencari kekasih baru. Itu satu perkara yang amat bagus. Ala lagipun Amyra baru berusia 23 tahun. Muda lagi. Still young. Umur 25 nanti bolehlah start cari kekasih hati. Kata Amyra:-

Saya tegaskan bahawa buat masa ini saya masih lagi ‘single’ dan ini bukanlah masanya untuk saya terlalu memikirkan dengan serius mengenai hubungan perasaan mahupun cinta.

Bagi saya, sukar untuk berbicara mengenai cinta kerana saya yakin, ia akan hadir tanpa saya rancang kerana ia adalah ketentuan daripada ALLAH SWT.

Namun, jika ditanya pada masa ini, saya lebih selesa untuk memberi keutamaan kepada kerjaya terlebih dahulu kerana masih panjang masa yang perlu saya lalui. Masih banyak benda yang perlu saya pelajari dalam bidang ini

amyra rosli

Kenyataan ini sekaligus menafikan ura-ura Amyra Rosli bercinta dengan Abang Nara Amar Baharin. Biasalah bila dah berlakon selalu memang akan ada gosip. Namun itu semua ternyata palsu. Diharap kerjaya Amyra akan terus maju di tahun ini. Abang Nara suka lakonan anda. Good job!!!


Comments are closed.

Loading...