November 4th, 2015

Amyra Rosli memang cantik orangnya. Sekali pandang, memang boleh jatuh cinta. Disebabkan kejelitaannya juga, ramai yang tertanya-tanya benarkah hati Amyra Rosli masih pun dimiliki oleh mana-mana jejaka. Kalau dahulu pernah digosipkan bercinta dengan Amar Baharin, terbaru ada desas-desus mendakwa pelakon ini sedang dilamun cinta dengan seorang anak kerabat diraja. Fuh!!! Bukan calang-calang gosip nie.

amyra rosli

Namun menurut empunya badan, gosip ini hanyalah gosip liar semata-mata dan tiada kebenarannya. Terang Amyra Rosli:-

Cakap saja dengan siapa? Seab saya tidak dapat nak berikan penjelasan kerana tidak dapat bayangan lelaki itu. Macam mana saya nak jawab sedangkan saya bekerja tak berhenti. Jadi mana ada masa untuk bercinta.

Macam mana cerita ini boleh timbul keluar? Tidak ada langsung berkawan dengan mana-mana kerabat mahupun anak kerabat diraja.

Saya tidak pernah berkawan, apatah lagi bercinta dengan mana-mana kerabat.

amyra rosli

Satu ketika dahulu, Neelofa juga pernah digosipkan bercinta dengan kerabat diraja.Namun ternyata ia adalah palsu. Abang Nara cuma tertanya-tanya ramai sangat ke kaum kerabat diraja di Malaysia ini kerana hampir kesemua artis yang cun melecun pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan mereka. Mungkin siapa yang tahu susur galur boleh kongsikan di ruangan komen. Apa pun, Amyra Rosli masih single mingle dan ini bermakna anda masih ada peluang untuk mencuri hatinya. Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...