Amyra Rosli Akui Masih Kekok Mengacara, Namun Anggap Sebagai Cabaran

Hiburan

Amyra Rosli Akui Masih Kekok Mengacara, Namun Anggap Sebagai Cabaran

Sedia maklum, pelakon jelita Amyra Rosli kini merupakan pengacara baharu bagi program Nona di TV3 bagi menggantikan pengacara sebelum ini iaitu pelakon, Mira Filzah.

Amyra Rosli
3 years ago

Tiada Lagi Mira Filzah, Amyra Rosli Kini Hos Baru Program Nona

Advertisement

Menurut Amyra, dia masih lagi kekok mengendalikan program Nona di TV3 biarpun sudah mengacara program terbabit sebanyak lima episod dan dia turut berkata masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan kerjaya barunya ini.

Jujur saya cakap ini perkara baharu untuk saya. Masih banyak lagi kena belajar. Bermula episod pertama hingga kedua rasanya saya banyak kekurangan nak dibandingkan dengan bekas pengacara lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Menurut pelakon yang popular dengan drama Nur itu, masih banyak lagi perkara yang perlu dibaiki terutamanya intonasi dirinya ketika bercakap.

Walau bagaimanapun, beliau menganggap perkara ini merupakan sebagai satu cabaran yang perlu disahut oleh dirinya dan tidak menghiraukan apa yang hendak diperkatakan oleh orang ramai.

Amyra Rosli

Dalam pada itu, pelakon ini turut memberitahu dia tidak pasti bila produksi Nona akan menjalani penggambaran di luar walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk industri kreatif.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...