Vokalis legenda rock tanah air, Datuk Amy Search dilaporkan berada dalam keadaan sihat selepas menjalani rutin pemeriksaan kesihatan membabitkan keadaan jantungnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya, Datin Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish ketika diminta mengulas mengenai keadaan kesihatan penyanyi berusia 68 tahun itu.
Alhamdulillah, Amy sihat dan dia cakap dirinya muda 15 tahun dari umur.
View this post on Instagram
Tiada masalah kesihatan serius
Menurut Nourish, suaminya yang juga dikenali dengan nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman hanya menjalani prosedur rutin bagi memeriksa keadaan jantung dan tidak berdepan sebarang masalah kesihatan serius.
Jangan risau, Amy sihat dan ‘tip top’ dan kami hanya buat prosedur pemeriksaan jantung. Dia berada dalam keadaan baik dan masih boleh ‘rocking’, di pentas. Pemeriksaan kesihatan biasa cuma kali ini kami nak tengok untuk masuk buat angiogram,

Nourish juga berkata doktor turut memaklumkan keadaan darah Amy berada pada tahap yang baik bagi seorang lelaki pada usianya. Hasil pemeriksaan menunjukkan suaminya juga tiada masalah darah tinggi mahupun kolesterol.
Tambahnya, Amy mempunyai banyak doktor yang menjaga kesihatannya dan setiap tahun penyanyi tersebut akan membuat pemeriksaan kesihatan dan mengambil darah pada setiap enam bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
