Menerusi laman Instagram penyanyi rap terkemuka Caprice, dia ada memuat naik beberapa hantaran Instagram Story yang menunjukkan beberapa pengikut Instagramnya tampil membuat permohonan maaf.
Di perkongsian yang dibuat Caprice itu, ramai pengikut Caprice seakan membuat pusingan ‘u-turn’ selepas didakwa mengkritik dan menghina pemilik nama Ariz Ramli ini.
Malah, ada juga yang meluahkan rasa kekesalan kerana tidak mempercayai apa yang didedahkan penyanyi rap itu sebelum ini di media sosial.
Dia dalam pada itu berkata bahawa tidak menyangka akan menerima banyak permohonan maaf daripada orang ramai dan menganggap setiap manusia melakukan kesilapan dalam hidup.
Its okay guys, secara jujurnya Caprice faham dan kita cuba untuk banyak bersabar selama ini. Insya-Allah semua akan jelas tidak lama lagi.
Terdahulu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini ada meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan keberadaan Caprice dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al- Nuri Kamaruzaman.
Pada tanggal 21 Julai lalu, Ebit Lew tampil membuat laporan polis yang mendakwa dirinya telah difitnah berkaitan isu misi kemanusiaannya di Semenanjung Gaza, Palestin.
Sementara itu, Caprice juga mendedahkan bahawa dia menerima banyak ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali susulan daripada kes tersebut.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.