Semalam, Ifa Raziah dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak terkesan dengan kemunculan semula Amelina di persada hiburan tanah air. Ifa mengatakan dia tidak nampak apa-apa yang baru dukeluarkan oleh Amelina walaupun penyanyi itu kini membuat kemunculan semula.
Melalui Harian Metro, Amelina bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai komen Ifa.
Siapa yang bercakap atau apa jua yang diperkatakan, saya tidak mahu ambil peduli. Betul atau tidak dia bercakap begitu, saya malas hendak fikirkan sebab saya muncul semula dalam bidang ini untuk bekerja.
Amelina memberitahu kemunculan semula dirinya ialah bertujuan untuk mencari rezeki, justeru dia tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sebarang kontroversi atau konfik dengan mana-mana pihak.
Sama ada betul atau tidak, sama ada kenyataannya dimanipulasi atau sebaliknya, saya ambil pendekatan tidak melatah atau komen banyak. Saya malas hendak pening kepala dengan hal remeh-temeh begini.
Saya mahu bekerja betul-betul dan tidak mahu menimbulkan kontroversi dan salah faham dengan mana-mana pihak pula nanti.
Sebagai seorang penyanyi yang telah lama muncul dalam industri pastinya Amelina sudah sedia faham dengan masalah yang terpalit dalam bidang ini.
Mungkin pengalaman lalu memberinya pengajaran untuk menangani situasi seperti ini. Ialah, manalah tahu mungkin terdapat salah faham di mana-mana, mungkin Ifa sendiri tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.
Namun Ifa juga mempunyai penjelasan sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkannya itu. Ikuti penjelasan Ifa dalam entri selepas ini.