February 10th, 2015

Penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah sebelum ini menimbulkan kontroversi hasil gimik dengan Hisyam Hamid dalam persembahan finale Gegar Vaganza yang mendapat kritikan orang ramai.

Mempamerkan kebolehan menyanyi dalam pelbagai irama dalam pertandingan itu, tetapi tidak dapat dinafikan irama yang menaikkan Ifa selama ini ialah dangdut.

Namun begitu, boleh dikatakan yang pertama mempopularkan dangdut di Malaysia ialah Amelina dengan lagu-lagu ciptaan bekas kekasihnya waktu itu iaitu Iwan.

Melalui MyNewsHub Ifa telah memberikan komen mengenai kemunculan semula Amelina dalam industri hiburan dan bakal mempopularkan semula lagu dangdut setelah berbelas tahun berhenti dari menyanyi di khalayak ramai.

Comeback sesuatu yang baru, saya tak nampak benda yang baru (dari Amelina), dia masih nyanyi lagu-lagu lama, mana yang barunya.

Tidak mengapalah dia nak muncul, muncul lah, tak ada siapa menghalang pun. Tak ada dia ke, ada dia ke, sama sahaja, tak ada beza pun pada saya.

Saya masih boleh cari makan dengan irama dangdut, masih bertahan sampai hari ini kerana industri dangdut.

Komen Ifa ada betulnya kerana rezeki manusia berbeza-beza dan Amelina juga berhak untuk memilih bagi kembali menghiburkan peminat. Kemunculan Amelina seharusnya memberi persaingan yang sihat.

Cuma kalau tak salah kami Amelina sememangnya sedang menghasilkan material baru dengan komposer Ajai cuma ia belum dikeluarkan di pasaran.

Bersama kita nantikan apakah yang akan dihasilkan oleh Amelina nanti dan bagaimanakan penerimaan orang ramai terhadap Amelina yang satu ketika dahulu diberi jolokan Ratu Dangdut Malaysia.


Comments are closed.

Loading...