“Ameena Pun Selesa Dan Terima” – Fizi Ali Syukur Dapat Isteri Baru Yang Ada Anak Perempuan Juga

Hiburan

“Ameena Pun Selesa Dan Terima” – Fizi Ali Syukur Dapat Isteri Baru Yang Ada Anak Perempuan Juga

Semalam, penyampai radio Fizi Ali telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Siti Zulaiikah pada jam 10 pagi berlokasi di Gombak, Selangor.

Difahamkan, majlis tertutup itu hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak dan sahabat rapat.

Advertisement

Berkongsi mengenai perkahwinan itu, Fizi memaklumkan bahawa dia mengenali isteri sebagai rakan perniagaan dan bermula daripada situ, mereka berdua mula menyulam cinta.

Kami dah bertunang beberapa bulan lepas, tapi kami mengambil keputusan untuk berdiam dulu kerana takut jika perancangan kami itu hanyalah perancangan. Kami memilih hari Isnin (semalam) adalah kerana tarikah cantik.

Dalam pada itu, Fizi bersyukur kerana ditemukan dengan pasangan yang turut mempunyai anak perempuan.

Alhamdulillah rezeki saya bila berjumpa dengan seseorang yang ada anak perempuan juga.

Setelah beberapa kali keluar bersama sebelum ini, nampak yang Ameena dah pun mula rasa selesa dan terima.

Mungkin lepasni saya pula kena tinggal seorang di rumah kerana Ameena dah jumpa girl bestfriend dia iaitu mama dan kakak dia.

Terdahulu, Fizi pernah berkahwin dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada tahun 2021 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena yang kini berusia 3 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shakilla khoriri
6 months ago

"Dia Patut Berterus-Terang, Jangan Sakiti Anak Saya!" - Mulut Anak Ditekup Dalam Foto Nikah, Shakilla Khoriri 'Warning' Fizi Ali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...