“Ambo Mitok Sangat..” – KJ Kecek Kelate, Minta Rakyat Sana Ambil Vaksin ‘Booster’

Kehidupan

“Ambo Mitok Sangat..” – KJ Kecek Kelate, Minta Rakyat Sana Ambil Vaksin ‘Booster’

Terkini, penggunaan katil bagi kes kritikal COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) di Kelantan terus meningkat kepada 94 peratus berbanding yang dilaporkan semalam sebanyak 92 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 36 katil diperuntukkan bagi pesakit di ICU dan daripada jumlah itu 34 daripadanya sudah diisi.

Advertisement

Menurut laporan Berita Harian, Kelantan kekal mencatatkan peratusan tertinggi dengan penggunaan katil melebihi 113 peratus iaitu sebanyak 439 katil diperuntukkan namun sudah menggunakan sebanyak 494 katil.

hospital

Dalam pada itu, menerusi ciapan di laman Twitter, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut meluahkan kebimbangan beliau dengan peningkatan kes ICU di negeri Kelantan.

Menurut Khairy, Kelantan merupakan negeri paling rendah mengambil dos penggalak sehinggakan ICU di sana hampir penuh. Disebabkan ini, KJ telah menggunakan dialek Kelantan untuk meminta rakyat di sana mengambil vaksin.

Loloni Kelate paling rendah skali ambik booster, ambo rusing, ICU sana koho penuh. Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin & booster.

Meninjau diruangan balas, ciapan tersebut turut mencuit hati netizen dan terhibur dengan dialek yang digunakan KJ.

“Gano tu keno kecek kelate baru nak pahe ko,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Hak dok ambik booster mano ado main Twitter KJ weh,” tulis seorang lagi netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TikTok
2 years ago

(VIDEO) "Asalkan Bukan Suami Aku.." - Bangga 'Show Off' Suami Orang Bawakkan Handbag, Wanita Ini Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...