Penerima vaksin jenis Sinovac dan juga warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin untuk mendapatkan suntikan dos penggalak sehingga 31 Mac 2022 atau bakal kehilangan status vaksinasi lengkap.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di mana dia berkata bahawa tempoh akhir untuk mereka mendapatkan dos penggalak sebelum ini yang ditetapkan pada 28 Februari lalu telah dilanjutkan.
Bermula 1 April, status vaksinasi lengkap untuk golongan tersebut akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum dapat dos penggalak.
Lapor Astro Awani pada 7 Februari lalu melaporkan status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan bertukar menjadi tidak lengkap, sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac.
Ujar Khairy, golongan yang tidak menunjukkan status lengkap vaksinasi akan berhadapan dengan beberapa sekatan dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang diterima kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Sehingga ke tarikh tersebut, terdapat hanya lebih kurang 32 peratus atau sejuta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.