“Kontak Rapat Lengkap Dos Penggalak Tak Perlu Kuarantin Mula 1 Mac” – KJ

Berita

“Kontak Rapat Lengkap Dos Penggalak Tak Perlu Kuarantin Mula 1 Mac” – KJ

Bermula 1 mac iaitu Selasa ini, individu dewasa yang sudah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu lagi menjalani kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan sekiranya seseorang individu telah menerima vaksinasi lengkap tetapi tidak menerima lagi dos penggalak perlu menjalani kuarantin lima hari sekiranya tidak bergejala atau bergejala.

Advertisement

Menurut laporan Utusan, bagaimanapun bagi individu yang tiada vaksinasi ataupun tidak lengkap perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala.

kj

Individu lengkap vaksinasi dan baru dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 60 hari, tidak perlu menjalani kuarantin.

Menurutnya lagi, bagi individu di bawah 18 tahun pula, mereka yang lengkap vaksinasi, perlu menjalani kuarantin lima hari manakala yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi, perlu kuarantin selama tujuh hari.

kuarantin

Terdahulu, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif.

ft
2 years ago

Bayi 15 Bulan Maut Di Pusat Asuhan, Bapa Akui Anak Tak Pernah Tidur Dalam Buaian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...