Pernah dikatakan menjadi punca penceraian antara Izreen Azminda dan suaminya, Amar Baharin memaklumkan yang dia tidak mampu berkata apa-apa sekiranya orang ramai menganggap dirinya bercinta dengan Izreen. Kemesraan antara mereka berdua memang jelas terserlah menerusi gambar yang dikongsikan untuk tujuan promosi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Kalau tak tahu ia adalah tuntutan kerja, memang Abang Nara ingat Amar dan Izreen ini adalah pasangan bercinta.
Diajukan persoalan “Betulkah Amar dan Izreen sedang asyik bercinta?” menerusi suratkhabar BiPop semalam, Amar Baharin berkata:-
Kalau orang mengandaikan kami bercinta, kami tak boleh nak cakap apa-apa. Barangkali mereka melihat kemesraan dalam drama dan gambar di laman sosial lalu menyimpulkan kami sedang bercinta. Saya tidak mampu menduga kesudahan cerita ini. Kalau sudah tertulis jodoh antara kami, saya tak mampu melawan suratan takdir. Tetapi hingga saat ini, soal itu tak pernah terlintas di hati saya pun.
Betul kata Amar tue. Soal jodoh tiada siapa yang tahu. Hari ini mungkin tak ada perasaan apa-apa, tup-tup esok jumpa terus rasa cinta separuh mati. Yang penting bagi Abang Nara ialah Amar bukan punca keruntuhan rumah tangga Izreen dan suaminya. Soal masa depan, biarlah Allah menjadi penentu. Kalau betul jodoh Amar dengan Izreen, Abang Nara yakin peminat akan merestuinya. Tak gitu?
P.S: PTS dengan kerjasama Aman Palestin dan Muslim Care bersama merealisasikan kempen Love Hope: Let’s Make It Happen bersempena Ramadan kali ini. Melalui kempen ini, RM1 daripada keuntungan jualan buku dengan logo Love Hope akan disalurkan ke negara-negara Islam seperti Syria, Palestin, Mesir, dan etnik Rohingya di samping sejumlah dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Pembeli setia buku-buku PTS berpeluang menyertai kempen ini dan turut sama membantu mereka. #lovehope #donate #amanpalestin #muslimcare #csr