June 30th, 2014

Fuh~~ Hangat juga dakwaan yang disampaikan oleh Cik Pang semalam menerusi Metro Ahad. Mana tidaknya, Cik Pang mendakwa penceraian Izreen Azminda adalah berpunca daripada Amar Baharin, yang merupakan gandingannya di dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Tambah menarik apabila dakwaan Izreen diceraikan kerana suaminya ketika itu melihat sendiri kecurangannnya bersama dengan Amar. Hmmm..

amar baharin

Dikatakan juga hubungan Izreen dan Amar telah melebihi daripada kawan biasa sejak mula berlakon drama tersebut. Berikut ialah artikel penuh Cik Pang yang bertajuk “Curang di lokasi”.

Mereka yang mengikuti isu perceraian pelakon Izreen Azminda pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cerita yang Cik Pang ingin kongsi ini memang panas.

Cerita terbaru yang Cik Pang dengar, ada dakwaan mengatakan punca perceraian Izreen dan bekas suami, Muhamad Riza Baharuddin disebabkan munculnya pihak ketiga.
Lebih pedih apabila orang ketiga yang dimaksudkan itu dipercayai pelakon gandingannya dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin.

Kata kawan Cik Pang, hubungan Izreen dan Amar mula dikesan melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu di set penggambaran drama itu.

Malah, apabila hubungan itu dapat dihidu bekas suami, masa itulah Izreen diceraikan di set penggambaran. Dengarnya, lafaz cerai itu berlaku selepas Riza datang dan melihat sendiri ‘kecurangan’ Izreen di lokasi.

Walaupun pelakon itu pernah menafikan punca perceraian akibat orang ketiga atau masalah kewangan dialami mereka ketika masih bergelar suami isteri, ia adalah sebaliknya.

Apatah lagi kawan Cik Pang pernah bercerita dan terbaca beberapa status dimuat naik di laman sosial milik Izreen seolah-olah gelisah kerana berdepan masalah rumah tangga, termasuk berkaitan masalah kewangan.

Cuma pada waktu itu, tak ramai dapat hidu sebab Izreen pandai ‘cover-line’ susun ayat baik punya! Hinggalah apabila isu ini dibawa ke peringkat perceraian, baru satu demi satu isu mula timbul. Segala macam ‘mak nenek’ dan aib masing-masing mula terbongkar.

Cik Pang hanya mampu beristighfar bila dengar cerita disampaikan kawan Cik Pang ini. Kalau ada masalah rumah tangga sekalipun, pasti ada jalan terbaik untuk diselesaikan, bukan dengan membebankan pasa­ngan masing-masing.

Tapi nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Cik Pang cuma berdoa semoga mereka selesaikan isu ini dengan cara elok dan berhemah sebab masing-masing tahu kekurangan dan kelebihan sendiri.

Apa sekalipun, kita tunggu saja apa komen mereka mengenai pendedahan panas Cik Pang ini. Betul tak?

amar baharin

Amar Baharin yang telah membaca dakwaan Cik Pang telah tampil meluahkan dan menafikan dakwaan tidak masuk akal ini menerusi akaun Instagramnya. Tulis Amar:-

susah2 je Cik Pong ni nak promote drama dengan cara mcm tu… Tak perlu la Cik Pung, kau tak keluar statement mcm tu pon, ramai dah peminat drama ni. Diorang lebih bijak menilai kualiti “story” drama ni dari membaca “story” kau yang kau sendiri tak pasti kesahihannya. Ramadhan setahun sekali Cik Peng, aku maafkan dosa kau

amar baharin

Mungkin kerana populariti drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan juga kemesraan yang nampak ‘real’ antara Izreen dan Amar menyebabkan dakwaan tidak masuk akal sebegini terkeluar. Abang Nara percaya Amar dan Izreen bukanlah orang yang macam itu. Kedua-duanya profesional dan hanya menjalankan tuntutan watak. Tak adalah nak bercinta betul-betul di luar lokasi. Tak gitu?

bbw

P.S: Hujung minggu tak perlu nak bersesak-sesak di Kuala Lumpur untuk membeli-belah. Hanya perlu ke BestBuyWorld Malaysia dan dapatkan banyak produk yang terbaik untuk Hari Raya nanti dengan harga promosi yang sangat awesome. Pastikan anda tidak terlepas kerana promosi ini hanya untuk 2 hari sahaja. Layari my.bestbuy-world.com dan juga Facebook BestBuyWorld Malaysia.


Comments are closed.

Loading...