Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Alyah Sudah Lupakan Pergaduhan Dengan Suami, Sengaja Tak Pakai Cincin Kahwin

Januari lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pergaduhan Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS. Tindakan Alyah melanggar kereta Datuk Ramli MS memang tidak disangka-sangka. Mungkin emosi amarah menguasai diri ketika itu. Namun kini sudah pun masuk bulan Mac 2015, segala peristiwa hitam itu telahpun dilupakan oleh Alyah.
alyahSering dihimpit persoalan tentang cincin perkahwinannya yang tidak nampak dijari, Alyah menjelaskan yang dia memang sengaja tidak mahu memakainya, bukannya kerana bergaduh dengan Datuk Ramli MS Kata Alyah:-

Saya memang tak pakai cincin kahwin. Kadang-kadang kita lupa. Saya bukan penggemar emas, hilang nanti susah nak jawab. Sekarang sudah bulan Mac, apa yang jadi sebelum ini (pergaduhan), saya dah tinggalkan di sana (bulan Januari) dah.

Advertisement

alyah

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkara biasalah bergaduh dalam perkahwinan. Cuma jangan melampau-lampau sampai berakhir dengan perpisahan sudahlah. Bila bergaduh ia akan mengajar kita mengenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam. Tak gitu? Semoga Alyah dan Datuk Ramli MS akan terus hidup bahagia. Mana tahu tahun ini ada rezeki nak dikurniakan cahaya mata. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top