Isu yang dibangkitkan oleh Fara Mendoza mengenai perbuatan Fizz Fairuz cuba menggodanya melalui aplikasi sosial WeChat telah pun hampir dilupakan. Namun hari ini ia hangat kembali apabila Fara tampil membuat kenyataan yang dia telah menghantar semua screenshot perbualan Fizz di WeChat kepada isteri Fizz iaitu Almy Nadia setelah wanita itu menyindirnya di Instagram.
Dari gaya jawapannya kepada soalan pemberita, Fara seolah-olah berasa puas hati kerana berbuat begitu setelah disindir. Dakwanya Almy tidak membalas mesej-mesej yang dihantarnya dan baru tahu Fara bercakap benar setelah membaca semua mesej itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Almy memberitahu Harian Metro yang Fara seorang yang tiada kerja.
Saya hanya mampu gelak dan bersimpati dengan dia. Nampak sangat dia terdesak meraih perhatian dan publisiti.
Saya minta jasa baik penerbit berilah peluang dia berlakon. Kasihan dia tidak ada kerja dan buat begitu sebab mahu menang anugerah.
Kalau tidak, sudah tentu dia kunci mulut sebab kes itu sudah lama selesai.
Almy memberitahu sekiranya Fara ingin meneruskan provokasi, dia sepatutnya mengemukakan bukti kukuh berserta laporan polis dan mendedahkannya kepada umum.
Ramai juga yang ingin membaca apa sebenarnya yang ditulis oleh Fizz Fairuz kepada Fara di WeChat. Perbualan Fizz dikatakan berbau godaan dan seksual, namun setakat ini Fara masih belum mendedahkannya kepada umum. Adakah Fara akan memberi reaksi kepada kenyataan Almy? Bersama kita nantikan.
SNAPSHOT 5 Kumpulan yg akan BERJUANG bagi merebut JUARA Lantai Cilik Musim Ketiga! Dtg berikan sokongan kpd perjuangan…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 15 September 2015