“Allah Uji Sebab Sayang” – Rumah Linda Rafar Terjejas Banjir, Terpaksa Sewa Airbnb

Hiburan

“Allah Uji Sebab Sayang” – Rumah Linda Rafar Terjejas Banjir, Terpaksa Sewa Airbnb

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar memaklumkan dia juga turut terkesan dengan banjir sehingga terpaksa menyewa penginapan dalam talian, Airbnb.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar berkata, dia dan keluarga yang menetap di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor bagaimanapun reda dengan ujian Allah SWT.

Advertisement

Menurut Linda, 43, hari pertama banjir air sudah mula naik rumahnya. Beberapa jam selepas itu, bekalan elektrik terputus dan lif tidak boleh pakai dan mereka terpaksa naik turun tangga.

Memang sedih tapi kami fikir positif sahaja. Allah uji sebab sayang dan sebab Dia nak kita lagi dekat dengan-Nya.

Tambah penyanyi ahli kumpulan Elite itu, tidak ada bantuan daripada pihak kerajaan mahupun mana-mana badan kebajikan setakat sekarang.

Rumah masih belum okey. Masih tiada bekalan air dan lif rosak. Sekarang ini, saya sewa penginapan dalam talian, Airbnb.

Dalam pada itu, pemilik jenama LR Hijab itu berkata, apa yang berlaku merupakan teguran daripada Allah. Semua pihak perlu berlapang dada, muhasabah diri dan berhenti menuding jari siapa salah, siapa benar.

Baca: “Tak Tolong Tak Apa, Tapi Tak Perlulah Tunjuk” – Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...